- Viral

Ya Allah..Sebak Nya Baca Cerita Bro Nii,”Sekali kau dah hilang dia”Nasihat Lelaki Ini Kepada Alif Aziz Buat Ramai Sebak

Kisah pergolakan rumah tangga Bella Astilah dan Alif Aziz akibat sikap aktor itu yang didakwa curang terhadap isterinya telah menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Mana tidaknya, muat naik kenyataan di laman Instagram Bella, telah mendapat 20 ribu komen dan 226 ribu tanda suka pada posting tersebut.

Pendedahan kecurangan Alif Aziz oleh Bella sememangnya telah memberi impak kepada seorang pengguna laman sosial ini, yang telah meninggalkan komen di ruangan komen isteri Alif Aziz itu.

Berikutan itu, seorang pengguna Instagram telah memuat naik komen tersebut dan telah tular di laman Twitter.

Tabah bro!

Pemuda tersebut yang dikenali sebagai Danial Hakim telah meninggalkan komen pada posting terkini yang dimuat naik Bella Astillah di Instagram.

Kalau dapatlah kau rasa apa yang aku rasa…

Menurut Danial Hakim yang telah kehilangan isteri tercinta sejak dua tahun lepas, sebagai seorang suami perkara yang pastinya amat meruntun hati adalah apabila kehilangan insan tersayang.

Baginya, sekarang mungkin Alif tidak memahami rasa kehilangan dan inginkan keseronokan, namun jika Alif merasai betapa peritnya kehilangan, pasti dirinya akan menyesal seumur hidup.

Kalau taknak Bella, lepaskan cara baik…

Danial menitipkan pesanan kepada Alif supaya menghargai insan bernama isteri yang sentiasa berada di sisi suami ketika susah mahupun senang.Namun, jika tiada rasa cinta lepaskan Bella kerana dia sebagai wanita berhak mencari kebahagiaannya sendiri.

Perkongsian daripada pemuda ini turut mengundang simpati daripada netizen, yang telah menitipkan doa dan menyatakan hasrat supaya para lelaki lebih menghargai seorang wanita.

Apa kata anda? Dah Baca jangan lupa komen dan share ya.Terima Kasih

Jom like page kami juga di Facebook @LayanVideo

Sumber:Twitter Rosemary

About videoviral

Read All Posts By videoviral
error: Content is protected !!