- HIburan

“Zaman jahiliah dulu akak cukur kening… menyesal!” – Norkhiriah

PELAKON Norkhiriah mengakui menyesal mencukur kening ketika zaman muda.

Menerusi laman Instagram, Norkhiriah menjawab soalan peminat yang bertanyakan sama ada dia mencukur bulu dibahagian tersebut.

“Ya dik, dulu akak cukur kening, zaman jahiliah dulu, kening akak memang macam ni tak mahu tumbuh.

“Sekarang no more cukur-cukur. Menyesal you all,” jawab Norkhiriah.

Sementara itu, pelakon drama Nur ini turut menjelaskan sebab dia mengenakan hijab.

“Nyawa ni Allah punya! Apa Allah suruh buat, kita buat sebab tu baru akak sedar. Tutup aurat ni perintah Allah, moga istiqamah.

“Semua benda susah mula-mula tapi lama-lama kita akan biasa. Benda-benda kebaikan ni memang kena paksa,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Norkhiriah memaklumkan dia bakal memulakan penggambaran drama Nur 2 tidak lama lagi.

“Insya-Allah dalam hujung tahun ni kami akan kembali ke set Nur 2,” katanya.

Jawapan kena jujur🤣🤣🤣

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

Tags / Kata Kunci: Norkhiriah via mStar

About videoviral

Read All Posts By videoviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *