PIHAK pengurusan Ismail Izzani tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terus mengaitkan nama penyanyi tersebut dengan sebarang kontroversi tanpa bukti kukuh.
World Peace Entertainment (WPE) dalam satu kenyataan kepada mStar berkata, pihak pengurusan turut memandang serius terhadap tuduhan dilemparkan terhadap Ismail termasuk dakwaan mengaitkan dia sebagai selebriti didakwa menghamilkan seorang wanita yang kecoh sejak Rabu.
“Kami memandang serius perkara ini dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terus mengaitkan Ismail Izzani dengan hantaran tersebut,” kata kenyataan berkenaan.
Menerusi kenyataan sama, WPE turut menegaskan komen pemilik akaun TikTok @HatiBushuk/@shrimpippy8621 juga sudah menjelaskan Ismail bukan selebriti lelaki yang dimaksudkan.
Pihak pengurusan gesa hentikan fitnah dan tuduhan tidak berasas.
Malah, pihak mereka turut mendoakan agar pemilik akaun TikTok berkenaan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
“Dengan komen yang ditulis oleh pemilik akaun tersebut, kami berharap agar tiada lagi sebarang tuduhan dan spekulasi yang melibatkan Ismail.
“Kami berharap agar isu atau fitnah ini dihentikan serta merta dan semoga pemilik akaun TikTok itu dapat menemui jalan penyelesaian sekiranya benar dirinya teraniaya seperti yang dinyatakan,” katanya.
Sebelum ini, tular seorang wanita mendakwa selebriti lelaki yang tidak dinyatakan nama enggan bertanggungjawab terhadap dirinya selepas menghamilkannya.
Lebih malang, artis berkenaan mendesak dia menggugurkan kandungan sebelum meninggalkan dirinya begitu sahaja serta enggan bertanggungjawab.
“Saya sudah dihamilkan oleh seorang artis Malaysia, kemudian dipaksa untuk gugurkan (kandungan). Dia meninggalkan saya dan tidak bertanggungjawab. Tolong saya!” tulisnya.
Bukan itu sahaja, wanita itu juga memberitahu sudah menghubungi ibu bapa artis berkenaan namun mendapat reaksi negatif apabila mereka juga enggan bertanggungjawab.
Pemilik TikTok ambil keputusan padam profil.
Dia juga berkongsi paparan skrin perbualan di WhatsApp antara ibunya dengan ibu artis berkenaan.
Sementara itu, ibu Ismail iaitu Datin Suzila Salam memberitahu mStar tidak terkejut dengan dakwaan tersebut kerana fitnah sedemikian bukan pertama kali disebarkan.
“Tidaklah! Mana ada hamilkan anak orang. Yang menulis itu pun mungkin tidak betul,” katanya.
Pemilik akaun TikTok itu juga mengambil keputusan memadam profil berkenaan kerana pendedahan dibuat sebelum ini adalah tidak benar.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Sumber