“Terima Kasih Anak-Anak, Berpanas Kita Demi Video Pre-Wedding Mummy & Daddy” – Watie

Umum mengetahui, kurang sebulan saja lagi pelawak Shuib Sepahtu bakal disatukan dengan wanita pilihan hatinya, Watie Hanifiah pada 23 Jun ini.

Baru-baru ini, Watie ada berkongsikan momen ketika menjalani sesi penggambaran bagi menghasilkan video pra-perkahwinan mereka.

 

Menerusi akaun @imyoursbestie, dilihat ada memuat naik video memaparkan Watie bersama Shuib dan empat cahaya matanya turut menjayakan penggambaran tersebut.

@imyoursbestieTak sabar nak tengok wedding of the year shuib & watie ?#fyp? #fypage #watiehanifiah #shuib #shuibwatie #watieshuib? Saat Hilang Cintamu – Sarah

Dalam satu video dikongsikan, Watie menzahirkan penghargaan buat keempat-empat anak Shuib yang sanggup berpanas demi penggambaran berkenaan.

“Terima kasih anak-anak, berpanas kita demi video pra-perkahwinan Mummy & Daddy,” tulisnya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap penyayang Watie serta mengatakan usahawan itu sememangnya sesuai menjadi ibu kepada anak-anak Shuib.

Dalam pada itu, ramai netizen netizen mendoakan agar urusan Watie dan Shuib dalam menuju hari bahagia mereka dipermudahkan.

Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu di kediaman wanita itu di Shah Alam.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Sumber