Meskipun dikecam hebat gara-gara memakai bikini putih ketika bermandi sungai baru-baru ini, anak kepada pelakon terkenal, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona dilihat masih ‘kental’ dan tidak terkesan dengan kritikan netizen.
Ini kerana, Leona yang juga pempengaruh media sosial dilihat masih memuat naik konten yang menyaksikan dia berpakaian seksi
Menerusi sepotong video terbaharu yang dimuat naik di TikTok, gadis berusia 20 tahun itu dilihat mengenakan pakaian jenis dress pendek sehingga terdedah di bahagian dada dan kaki.
Menerusi video berkenaan juga, memaparkan aksi Leona sedang menari dengan menggunkan runut bunyi yang sedang menjadi trend di laman sosial tersebut iaitu “What it is, ho? What’s up”.
Seperti diduga, perkongsian tersebut bakal menuai pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Namun, lain pula ceritanya kali ini apabila rata-rata netizen dilihat sudah tidak mengecam pakaian Leona, sebaliknya percaya gadis itu mampu menjaganya dirinya sendiri.
Malah, netizen juga berpendapat, Leona seorang anak yang baik yang hanya melakukan halnya sendiri tanpa mengusik orang lain.
Dalam pada itu, ada juga segelintir warganet yang berseloroh mengatakan mereka ‘respect’ dengan Leona kerana kebal dengan ujian di media sosial.
Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah menerima lebih 1.8 juta tontonan dan 60,000 tanda suka.
@leonsmeonssHehehehege? som original – ??????
Sumber: TikTok
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Sumber