Pelakon Alya Iman sering mencuri perhatian warganet terutama selepas tidak lagi mengenakan hijab dan dia dilihat sering berkongsi video di laman sosial.
Dah tak kecam
Menerusi satu hantaran di TikTok, pelakon berusia 22 tahun itu memakai baju berwarna jingga sambil berjalan-jalan di ibu kota.
Namun apa yang menarik perhatian adalah rata-rata warganet dilihat seperti sudah melupakan isu pelakon itu tidak lagi berhijab dengan memuji kecantikannya di ruangan komen.
@alyimn Kinda bright in the city 🍊 #fyp
Dalam pada itu, ada juga yang menyamakan wajah manis Alya atau nama sebenarnya Alya Ziman Azmil itu seperti pelakon jelita Fazura.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha itu memuat naik foto mengenakan busana kurung moden dengan tidak lagi memakai hijab.
Alya menyatakan bahawa tindakannya itu adalah kerana dia mahu menjadi diri sendiri dan tidak lagi hipokrit.
@alyimnKinda bright in the city ? #fyp? What It Is – Solo Version – Doechii
Sumber: TikTok
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Sumber