Perjalanan rawatan IVF usahawan terkenal, Madammu dan suaminya, Azri a.k.a TP cukup menjadi perhatian ramai orang selama ini. Sehinggalah dia disahkan hamil, ramai mendoakan semoga wanita cantik ini selamat membawa kandungan sampai hari bersalin.
Akhirnya sebentar tadi, team Madammu berkongsikan berita gembira untuk semua pengikut. Madammu atau nama penuhnya, Eriyca Baiduri selamat melahirkan anak kandung pertama yang digelar Baby A pada pagi tadi. Pun begitu, belum ada pihak mengesahkan sama ada bayi itu berjantina perempuan atau lelaki. Video dekorasi yang dimuat naik juga disetkan kepada mood hitam putih sahaja.
@madammmu Alhamdulillah, baby A selamat dilahirkan di hari jumaat yang penuh barakah! Syukur! #fyp #noir #madammu #diarimadammu #babyA ♬ Thank You for Being You – OctaSounds
Dalam pada itu, Ahmadi yang merupakan anak tiri bongsu Madammu dilihat menitiskan air mata saat saat wanita itu dibawa masuk ke bilik bersalin. Difahamkan, Madammu ditolak masuk ke ruangan operation sekitar jam 8.00 pagi dan selamat melahirkan bayi itu pada jam 9.44 pagi.
@cikmafizul Finally harini bertarikh 9 June 2023 @Madammu selamat melahirkan baby A. Alhamdulillah syukur Allah swt permudahkan segala urusan Madammu bersalin. 🤲🏻 #noir #fyp #diarimadammu #foundernoir #madammubersalin
@noirhealthbeauty Ahmadhi sedih for Mummy sebab masuk bilik OT dah 😭🥹 #noir #fyp #forypupage #madammu #diarimadammu ♬ Sad background music of piano and strings – Rinotzr
Kira-kira 7 hari lalu, Madammu pernah mengalami kebocoran air ketuban dan perlu berada dalam pantauan pusat perubatan di Kuala Lumpur. Due date akan bersalin pada tarikh 9 Jun nampaknya benar-benar tepat seperti jangkaan doktor.
Kredit : TikTok Madammu & noirhealthbeauty
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Sumber