Sekumpulan wanita buat perangai masa menunaikan haji, basahkan diri dengan air zam-zam depan jemaah lain

Sekumpulan wanita buat perangai masa menunaikan haji, basahkan diri dengan air zam-zam depan jemaah lain. Memandangkan sudah masuk musim haji, pastinya ramai jemaah kini sudah berlepas ke tanah suci untuk menjalani ibadah haji memandangkan bulan Zulhijjah semakin hampir. Dapat kita lihat kini bermacam-macam video berkenaan dengan tanah suci lalu dekat timeline di media sosial.

Antaranya, satu video yang telah mendapat perhatian netizen yang mana tindakan sekumpulan jemaah wanita ini dirasakan kurang enak pada pandangan ramai.

Mandi dengan air zam-zam

Dalam satu video viral berdurasi 45 saat di TikTok, dilihat ada sekumpulan wanita yang dipercayai jemaah di tanah suci sedang khusyuk mandi di sebuah kawasan terbuka.

Menurut pengirim, dia menyatakan rasa syukur kerana dapat mandi dengan air zam-zam sambil menunjukkan dirinya bersama jemaah lain yang dipercayai dari negara jiran, Indonesia, khusyuk sedang membasahkan diri.

Tindakan mereka ini telah mengundang kecaman netizen kerana aurat mereka dilihat telah terdedah dan sikap mereka juga dianggap kurang sesuai kerana air zam-zam itu didakwa hanya digunakan untuk diminum.

Namun, ada juga di kalangan netizen yang mendakwa kawasan tersebut sebenarnya bukanlah tempat air zam-zam dan air yang mereka mandi itu juga bukanlah air tersebut.

Dalam masa yang sama, ada yang mengiyakan bahawa air tersebut memang air zam-zam dan boleh digunakan untuk mandi, namun pihak yang menjaga di sana didakwa tidak menggalakkan jemaah wanita untuk mandi di kawasan itu.

Kurang pasti bila video tersebut dirakam dan sama ada jemaah berkenaan sedang mengerjakan haji atau ibadah umrah, tetapi video ini telah meraih lebih 800K jumlah tontonan dalam masa sehari.

@hjsunarty

umrah februari…. #trvel_PtHumairaCintaBaitullah #pinrangsulawesiselatan

♬ suara asli – hj. sunarty – hj. sunarty

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Sumber