Aliff Syukri mengamuk Mercedes Benz kena langgar, terkejut sampai tak mampu kawal perasaan marah

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berdepan detik cemas apabila kenderaan mewah jenis Mercedes Benz miliknya terlibat dalam kemalangan jalan raya pada petang Rabu.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, kenderaan tersebut yang dipandu sendiri oleh Aliff dilanggar sebuah kereta dari arah belakang di sebuah lebuh raya.

Ketika kejadian usahawan berusia 36 tahun itu ditemani oleh dua pembantunya yang dilihat keluar dari kereta untuk memeriksa kerosakan dialami.

“Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba kereta saya dilanggar dari arah belakang. Padahal jalan sesak sangat-sangat pada waktu ini dan saya bawa perlahan,” katanya.

Aliff 2

 

Dalam video yang dikongsikan, Aliff dilihat keluar dari kereta dan mengamuk ke arah pemandu yang melanggar keretanya.

Malah dia juga meminta pemandu lelaki berkenaan memandu secara berhati-hati memandangkan dia berada di jalan yang lurus.

“Apa masalah ini? Pandulah bentul-betul. Ayio kereta saya. Tolong pandu betul-betul. Kalau saya tak pakai tali pinggang keselamatan tadi dah habis!” luahnya.

Sementara itu, Aliff meluahkan rasa syukur apabila dia tidak mengalami cedera parah sebaliknya hanya sakit di bahagian kepala akibat terhantuk.

Tambahnya, dia berada dalam keadaan terkejut membuatkan dia tidak mampu mengawal perasaan amarah ketika kejadian.

Aliff 4

 

“Tiba-tiba kepala saya terhentak sakit sangat, kepala saya sakit-sakit. Ujian sungguh buat saya, syukur saya selamat.

“Terima kasih korang yang sentiasa doakan saya, maaf kalau saya teremosi sebab saya amat stress dan terkejut,” katanya lagi.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen mengecam tindakan usahawan berkenaan yang dikatakan tidak mampu mengawal keadaan dengan tenang.

Aliff 3

Antara komen netizen yang tidak senang dengan tindakan Aliff.

“Terjerit terlolong, orang dah ngaku salah itu. Tak professional langsung. Kemaruk viral!

“Bertenang Datuk, boleh selesai dekat tepi. Ingat remuk teruk padahal ciput je. Claim insurans, benda tak sengaja.

“Orang tak sengaja lah Datuk, baru nak bangga Datuk jual harga rahmah tapi macam ini pula,” antara komen netizen.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Sumber