usahawan terkenal, Wawa Zainal memilih untuk tidak berlebih-lebih atau dilihat keterlaluan di kaca televisyen biarpun menjadi penaja program realiti popular, Big Stage musim kelima (BS5).
Menurut Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, tujuannya menaja program itu kerana ia sebahagian daripada strategi pemasaran dan bukan untuk mencipta kontroversi.
“Matlamat kami menaja program ini jelas iaitu untuk memperkenalkan lagi Wawa Cosmetics. Alhamdulillah, sebelum menaja pun jenama kami sudah dikenali ramai dan kekal bertahan hingga kini.
“Kalau ada yang cakap kenapa saya tak ‘kecoh’ macam penaja lain, prinsip saya mudah iaitu lain orang lain caranya. Saya fikir, nama saya dan Wawa Cosmetics sudah cukup kuat untuk orang tahu. Lagi pula, saya jenis yang memang tak pandai nak buat ‘hal’ yang bukan-bukan.
“Kalau tengok sepanjang Big Stage 5 pun, suami saya, Aeril yang banyak bercakap. Sesekali saja saya muncul di pentas. Itu pun atas tanggungjawab nak mempromosikan produk. Nak menari pun saya segan, apatah lagi nak buat perkara yang bukan-bukan depan orang ramai,” katanya.
Menariknya, pentas Big Stage 5 juga menjadi platform untuk Wawa dan Aeril melancarkan produk terbaharu mereka iaitu Complete Rejuvanating Beauty Essence.
“Semuanya bermula dengan saya dulu. Seperti biasa, sebelum dilancarkan memang saya gunakan dulu. Selepas melalui proses kajian dan penyelidikan (R&D), produk ini dikeluarkan juga.
“Produk ini diperkaya dengan bahan utama seperti Whitening Probiotics dan salicylic Acid mampu membantu menyelesaikan masalah seperti kulit kusam tak bermaya, kulit kering, hyperpigmentasi dan juga masalah jerawat.
“Seawal tujuh hari, insya-Allah, keyakinan diri lebih tinggi dan muka tak kusam lagi. Paling penting kena dapatkan yang asli di pasaran. Scan kod QR pada produk dan terus ke website pembelian,” katanya.
Wawa turut berkongsi kemeriahan sepanjang momen BS5 minggu ke enam menerusi hantaran terkininya di Instagram.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Sumber