Neelofa Bakal Bersalin Seminggu Dua Lagi, Guna Khidmat Bidan Kampung 44 Hari Selama Pantang

Pengacara dan usahawan popular, Neelofa nendedahkan dia memilih untuk berpantang secara tradisional selepas melahirkan anak keduanya.

Menurut Neelofa atau pemilik nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dia menggunakan bidan kampung dari Terengganu sepanjang tempoh pantang selama 44 hari.

“Sebelum ini saya menggunakan khidmat pantang bidan moden, namun untuk kelahiran kedua ini saya dan suami sepakat mengambil bidan kampung pula.

“Saya percaya setiap ibu yang bakal bersalin ada pendapat sendiri dan terpulang kepada masing-masing dan saya menghormatinya.

“Cuma kalau orang kata penjagaan (bidan kampung) agak ketat, kita hanya dengar dari mulut orang saja. Jadi, mengharapkan proses tersebut dapat memberikan kesan yang baik kepada ibu bersalin,” katanya.

“Tidak salah untuk mencuba sesuatu yang baru memandangkan saya pernah berpantang cara moden, kini ingin mencuba pengalaman lain iaitu khidmat bidan dari kampung suami.

Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Restoran RightSide di Mont Kiara, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Bakal bersalin dalam tempoh terdekat, Neelofa mengakui agak gementar untuk kelahiran kedua kerana memikirkan proses yang akan dilaluinya..

“Alhamdulillah.. doktor memberitahu semuanya dalam keadaan baik dan bayi juga sihat. Mohon semua doakan agar proses melahirkan ini dipermudahkan,” katanya yang turut ditemani suami, Haris Ismail pada majlis tersebut.

“Pagi tadi pun saya ada memaklumkan kepada suami mengenai debaran semakin hampir menjelang tarikh bersalin. Secara kebetulan, saya baru berjumpa doktor untuk pemeriksaan bulanan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Sumber