Patut hiburkan tetamu di majlis nikah tapi Shuib tak beri izin, ramai puji suara lunak Watie Hanifiah

ISTERI pelawak Shuib mendedahkan dia sepatutnya menghiburkan tetamu ketika majlis pernikahan mereka yang diadakan pada 23 Jun lalu namun tidak mendapat keizinan suaminya.

Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, bagaimanapun terharu apabila dapat menyanyikan lagu Cinta Tak Harus Memiliki nyanyian asal kumpulan ST12 buat Shuib ketika berada di rumah.

Apa lebih menarik perhatian, Shuib turut bermain gitar sambil Watie menyanyikan lagu tersebut dalam sebuah bilik dengan pencahayaan samar-samar bagi menimbulkan suasana romantik.

watie1 - 1

Shuib dan Watie kini bergelar suami isteri.

Watie turut berkongsi video berdurasi satu minit itu di Instagram miliknya sebagai kenang-kenangan.

“Malam tadi dia (Shuib) baik hati… Buat pertama kali dia sudi main gitar sambil dengar isteri dia menyanyi.

 

“Bolehlah lepas kempunan sebab sewaktu majlis pernikahan tempoh hari Shuib tak beri (izin) isteri dia ini menyanyi,” katanya.

Dalam pada itu, Watie berkata, dia pernah bertanya kepada Shuib punca tidak mengizinkan dia menyanyi kerana Shuib pernah memberitahu dia mencari pasangan yang pandai menyanyi.

“Bukan senang sebenarnya suami nak beri isteri dia menyanyi. Sampai kadang-kadang saya tanya dekat dia, awak kata cari pasangan pandai menyanyi… tapi kenapa awak tak beri saya menyanyi.

“Saya nyanyi tak sedap ke?,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi ruang komen, ramai memuji kelunakan vokal Watie malah ada tidak menyangka usahawan itu berbakat besar sebagai penyanyi.

“Dengar sampai lima kali rasa tenang je dengar suara nyanyi macam ini.

“Sedapnya suara! Tolong buat video nyanyi banyak-banyak,” antara komen netizen.

Watie dan Shuib, 39, sah bergelar suami isteri pada majlis yang berlangsung di Putra Glass Hall, Shah Alam.

watie2 - 1

Shuib dan Watie sewaktu berbulan madu di Langkawi.

Majlis akad nikah itu turut dihadiri rakan-rakan selebriti termasuk Fasha Sandha, Nora Danish, MK K-Clique, Wan Sharmila, Marsha Milan dan ramai lagi.

Untuk rekod, Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Sumber