“Penang Tu Best Lagi Daripada Kelantan…”- Lucu! Anak Sharnaaz Jebat Jayden Tidak Mahu Balik Ke Kelantan

Anak kepada Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang diberi nama Jebat Jayden ini sering sahaja mencuri perhatian ramai dengan gelagat comelnya.

Apatah lagi anak kecil ini cukup bersahaja lagaknya biarpun dirinya dirakam oleh bapa dan ibunya yang rajin mengusik ini.

Sebelum ini beberapa video telatah Jebat Jayden telah meraih tumpuan warganet. Dari sedang menyanyi, gaya berbual spontan dan sebagainya. Namun begitu, kali ini lain pula video yang dikongsikan di tiktok.

Terbaharu, berdasarkan video yang tular di laman Tiktok,  Jebat Jayden dilihat sedang berbual dengan si perakam yang bertanyakan bila dia ingin pulang ke kampung halaman ibunya iaitu di Kelantan

VIDEO:

@seorangnur Punya lah tak nak balik Kelantan. Sampai ke pasir Jebat punya berdebat untuk menang kan Penang😂🤣 #jebatjayden #fyp #foryou #fypage #xyzbca ♬ Laughing

Apa yang mencuri perhatian ialah jawapan Jebat Jayden tidak mahu pulang ke Kelantan dan mahu tinggal di Pulau Piang.

“Baby taknak pergi Kelantan…biar la baby duduk dekat Penang…” ujur Jebat Jayden.

Walaupun apa yang disebut agak susah untuk difahami, namun kepetahannya bercakap rata-rata menarik minat netizen.

Biarpun sudah tiada ikatan, Sharnaaz masih mengekalkan hubungan baik dengan keluarga Nabila demi anak tunggal mereka, Jebat Jayden.

Terdahulu, Sharnaaz dilaporkan tidak lekang memuji bekas isteri dalam hantaran di laman sosial. Malah interaksi kedua-duanya juga mesra dan bersahaja.

Mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan berpisah 9 Julai 2020, sikap profesional mereka demi membesarkan cahaya mata, Jebat Jayden, 5, harus diberi pujian.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

 

Sumber