Umum mengetahui, kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan isteirnya, Nurul Shuhada masih lagi tiada kesudahannya lagi apabila mahkamah menetapkan 27 Julai depan untuk keputusan lafaz cerai.
Baru-baru ini, perkongsian Shuhada di Insta Story menjadi perhatian ramai dimana dia berkongsikan perbualan bersama bapanya yang bertanyakan mengenai status anak-anaknya yang masih belum berkahwin.
Menerusi perbualan itu, adiknya menjawab pertanyaan bapanya itu sebelum disambut oleh Shuhada yang turut menyahut menjawab soalan berkenaan. Bagaimanapun, perbualan anak beranak itu difahamkan hanya gurauan semata-mata.
“Abah tanya, sekarang berapa anak abah tak kahwin lagi. Syifa (adik Shuhada) jerit dua orang. Saya sambung dari belakang, tiga, tiga! Abah cakap oh, sekarang dah jadi tiga semula,” katanya.
Terdahulu, Hafidz memberitahu isterinya itu sudah lama minta diceraikan serta menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.
Sementara itu, Shuhada tidak menafikan dakwaan suaminya yang mengatakan dia banyak kali meminta cerai sepanjang perkahwinan mereka. Shuhada berkata jika dia bahagia bersama Hafidz sudah pasti dia tidak akan meminta untuk berpisah.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: rk