Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Indonesia, Virgoun dan Inara Rusli dilihat masih lagi belum selesai.
Terbaharu, Inara mendakwa suaminya itu bukan sahaja berlaku curang di belakangnya malah turut meminta kebenaran untuk berpoligam
Mahu berkahwin
Memetik laporan Detik News, perkara itu didedahkan oleh syarikat guaman Inara, Mulkan Let-Let yang memaklumkan bahawa Virgoun menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan wanita yang didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga mereka.
Dua hari sebelum sambutan Aidilfitri, Virgoun beritahu mahu mengahwini wanita yang dikaitkan curang dengannya sebelum ini
Dalam pada itu, Inara juga dikatakan sudah bersedia untuk mengemukakan 52 bukti bertulis sewaktu prosiding cerai mereka yang akan dilakukan pada 26 Julai ini.Difahamkan, segala bukti yang bakal digunakan Inara itu bertujuan untuk membantunya mempertahankan hak penjagaan anak.
Wanita mana yang boleh bersabar apabila suaminya secara terang-terangan berlaku curang. Virgoun bahkan pernah membuat kenyataan bertulis tidak mahu curang lagi.
Kalau ada sebarang bantahan dari pihak Virgoun, kami sudah bersedia dengan segala bukti untuk membela diri.
Sekadar info, kemelut rumah tangga Virgoun dan Inara menjadi bualan ramai apabila pelantun lagu Surat Cinta Untuk Starla itu didakwa berlaku curang dengan melanggan beberapa orang wanita untuk mendapatkan khidmat seks di belakang isterinya.
Bukan itu sahaja, Virgoun juga dikatakan pernah menulis surat perjanjian untuk tidak mengulangi perbuatannya itu namun, tetap ingkar dan berlaku curang.
Sumber: Detik News
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!