“Ada yang cemburu tu” netizen komen Sarah jalan karpet merah dengan bekas mertuanya

Semalam berlangsung acara gemilang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2023, industri seni dan hiburan Malaysia berpusatkan perhatian
untuk mengiktiraf para seniman yang telah berusaha sepenuh hati dan memberikan pencapaian terbaik mereka. Acara yang dirasmikan dengan megah ini
telah berlangsung dengan penuh keceriaan dan kehangatan, diwarnai dengan pelbagai persembahan hebat yang menghiburkan penonton.

Namun yang menjadi perhatian adalah Puteri Sarah hadir bersama bekas mertuanya Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah.Jelas nampak betapa sayangnya
Dato dan Datin kepada menantunya ini buat seperti anak sendiri.

https://www.tiktok.com/@krkiffy/video/7258549148922793217?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7222765668662887938

Jelas terpancar wajah yang penuh kasih sayang antara Dato,Datin dan Puteri Sarah.


 

Kapsyen Puteri Sarah mengucapkan terimakasih kepada Dato dan Datin yang sudi datang memberi sokongan.

“TQ Mama dan Papa datang support Sarah” ulas nya.

Dalam suasana ini ada juga komen komen netizen yang menyentuh tentang Ira Kazar

“Ade la tu yang cemburu” salah satu komen netizen.

Ira sedang lihat tu

Rata rata netizen memuji hubungan baik antara mertua dan menantu dan ada netizen memuji dengan berkata Sarah tak menang anugerah pun tak  apa janji menang di hati mertua.

Sumber : IG Sarah

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!