Akui susah nak mengorat sewaktu kenal, MK bawa isteri naik belon udara panas

Penyanyi rap popular MK K-Clique sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila membuat kejutan dengan membawa isterinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin menaiki belon udara panas.

Menerusi satu muat naik video di laman Instagram, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan turut berkongsi detik perkenalan bersama isteri pada awal perhubungan mereka.

Susah nak mengurat sewaktu berkenalan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)


MK berkata, dia mengaku sukar untuk mengurat atau memikat hati wanita berusia 26 tahun itu yang mengambil tempoh satu tahun kerana tidak dilayan selepas berkenalan melalui media sosial Instagram.

“Saya kenal Siti Hajaar dari media sosial, nampak Instagram dia tapi private. Pastu saya periksa gambar profil, saya screenshot dan zoom. Lawa…

“Saya cuba setahun (memikat), baru ke peringkat seterusnya. Susah, sombong (sikap Siti Hajaar) yang alhamdulillah la,” kata anggota kumpulan K-Clique itu.

Difahamkan, video tersebut dihasilkan pasangan itu bagi mempromosikan sebuah jenama produk daging perap sehingga mengundang pelbagai reaksi ramai.

Rata-rata pengikut MK meninggalkan komen positif terutama terhadap personaliti dan penampilan Siti Hajaar yang dilihat sentiasa sejuk mata memandang.

Tidak kurang terdapat juga segelintir individu mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan selain dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Untuk rekod, MK dan Siti Hajaar selamat disatukan pada majlis pernikahan di Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang, Ampang pada 16 Jun lalu.

Lihat posting Instagram di bawah:

Sumber: Instagram

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber