
Pelakon Fatin Afeefa sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya mengingatkan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia tentang solat.
Menerusi video yang tular di TikTok, Fatin kelihatan lembut dan tenang dalam mengingatkan puteri kesayangannya itu untuk solat sebelum habis waktu.
Lebih menarik lagi, kedua-dua anaknya, Adam Aisy Arrian dan Ivy juga kedengaran amat sopan ketika bertutur antara satu sama lain selepas ditegur ibunya.
Kagum dengan sifat tenang dan lembut pelakon itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons menerusi ruangan komen.
Malah, ada juga yang memuji cara Fatin mendidik anak-anaknya dan menganggap dia adalah ibu yang terbaik.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Sumber