Aktres jelita Uqasha Senrose mengakui sedikit terasa apabila ada individu yang menyindir dirinya dan adik beradik iaitu Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose gara-gara belum memiliki zuriat.
Jelas Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, dia tidak tahu apa motif sebenar individu tersebut sehingga mengguris hatinya malah enggan ambil peduli dengan sindiran tersebut.
“Saya tak terasa bila dia bercakap pada saya tapi bila dia kaitkan dengan adik beradik, sesiapa pun akan sedikit terasa.
“Saya tak kisah mengenai itu sebab saya juga baru setahun jagung dalam perkahwinan. Saya mahu fokus pada kerjaya dahulu, kalau ada anak, saya risau tak boleh beri komitmen pada kerja.
“Saya tak tahu apa motif sebenar dia. Individu itu juga sudah sekat saya dahulu sebelum saya dapat tahu. Saya juga tak mahu layan sangat perkara tersebut,” katanya ketika ditemui
Dalam pada itu, isteri kepada aktor Kamal Adli ini tidak menolak kemungkinan dia dan suami belum bersedia untuk menimang cahaya mata sebaliknya hanya berserah kepada Yang Maha Esa.
“Ia rezeki daripada Allah. Ada kemungkinan saya belum bersedia, suami belum bersedia, kewangan juga. Banyak perkara perlu diambil kira.
“Kami juga masih dalam fasa mengenal hati budi, orang kata tempoh lima tahun pertama dalam perkahwinan adalah cabaran paling besar.
“Jika diberikan rezeki awal, ada lah. Saya juga pernah mengandung, bukan tak pernah, tak terasa pun tapi bila kaitkan adik beradik, saya terasa juga,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Uqasha mendedahkan bahawa dirinya mengalami keguguran sebanyak dua kali selepas mendirikan rumah tangga dengan Kamal Adli pada 5 November, 2021.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber