BAPA kepada pengusaha makanan terkenal Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda Crepe men!nggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam Selasa.
Menurut Kieda, Allahyarham bapanya men!nggal dunia di sisi ahli keluarga yang mana detik pemergian itu dianggap sebagai ujian besar dalam hidupnya.
“Dalam banyak-banyak ujian Kieda dapat bulan tujuh (Julai) ni, ujian ni paling berat. Kieda boleh kuat dalam segala hal tapi bukan dengan kehilangan orang tua Kieda.
“Kieda minta doa agar orang tua Kieda semoga dipermudah segala urusan, ditempatkan dengan orang beriman. Alhamdulillah dia (bapa) tak sakit lama.
“Reda tu memang kena reda, tapi antara reda dengan sayang tu, dia macam berbahagi sebab saya baru nak senang, nak bagi abah senang,” ujarnya dalam linangan air mata.
VIDEO;
@kiedacrepe♬ Syi’ir Tawasul Al-Rifa’ie – Al-Rifa’ie Satu
Selain video pengumuman berita duka yang dibuat menerusi TikTok, Kieda turut berkongsi foto ketika dia mengucup kaki Allahyarham bapanya menerusi Instagram.
“Allah sayang abah lebih daripada kami sayang dia. Abah tarik nafas waktu kami ajar mengucap. Abah pergi depan isteri dan anak menantu.
“Allahuakhbar, lelaki pertama yang cinta dan sayangkan aku tinggalkan aku,” tulis Kieda lagi.
Hantaran di media sosial itu turut dihujani komen netizen yang menyampaikan ucapan takziah dan mendoakan agar Kieda sekeluarga tabah berdepan ujian itu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Beautifulm Media
Sumber :mstar