SUASANA kecoh dalam pesawat apabila seorang wanita melakukan sesuatu yang menjelikkan.
Dalam insiden yang didakwa melibatkan Spirit Airlines, wanita terbabit dilihat membuang air kecil di atas lantai kapal terbang selepas dikatakan dihalang oleh pramugari daripada menggunakan tandas.
Rakaman video tersebut yang menjadi tular menunjukkan seorang wanita mencangkung di dalam pesawat dipercayai kerana sudah tidak mampu menahan kencing lagi.
“Saya dah cakap selama dua jam, saya perlu buang air kecil. Tapi kamu beritahu saya tak boleh buang air kecil, kamu tutup pintu tandas,” kata penumpang berkenaan kepada anak kapal yang merakam videonya.
Wanita tersebut menegaskan apa yang berlaku itu berpunca daripada perbuatan pramugari di dalam pesawat tersebut.
“Kapal terbang sudah berhenti, saya tak tahan untuk kencing.
“Kamu boleh lakukan apa sahaja yang kamu mahu, kamu boleh menghantar waran, tangkap la saya sekali pun, saya rela, ia lebih baik dari cara saya diperlakukan sekarang,” tambah penumpang itu.
Pramugari yang berada di sekelilingnya sempat merakam wanita itu sedang melepaskan hajat sambil diperhatikan penumpang yang tercengang.
“Cakap hello kepada kamera. Lepas ni minum air banyak sikit, air kencing awak berbau,” kata pramugari berkenaan dalam nada sinis.
Warga maya pula berasa simpati melihat apa yang berlaku dan mengatakan wanita itu mungkin mempunyai kondisi kesihatan yang menyebabkannya tidak mampu menahan kecing.
“Kita tahu bila nak berlepas atau nak mendarat, tandas ditutup atas faktor keselamatan. Tapi mungkin budi bicara boleh digunakan untuk kes wanita ni, kesian dia.
“Satu pengajaran, kalau sebelum naik pesawat jangan banyak minum air,” kata sebahagian warga maya.
Spirit Airlines setakat hari ini belum memberikan sebarang maklum balas berkenaan isu itu. – New York Post
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber:mstar