Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mengakui masih menerima gangguan di media sosial walaupun konflik rumah tangganya telah terlerai.
“Saya tak tahu daripada mana tapi sampai sekarang masih ada lagilah gangguan macam daripada akaun palsu tapi saya macam tak kisah.
“Sebab saya pun dah ‘move on’ dan gembira dengan kehidupan saya sekarang. Jadi, apa-apa je lah” katanya.
Ditanya soal gelaran yang diberikan seperti janda meletup dan sebagainya, Sarah menjelaskan bahawa dia tidak kisah dengan perkara sebegitu kerana dia pernah berhadapan dengan gelaran yang lebih teruk.
“Sarah tak kisahlah korang nak cakap saya apa pun cakaplah. Terpulanglah, itu hak korang. Jadi, kita hanya ketawa sajalah.
“Nak cakap apa, cakaplah sebab saya pernah berdepan dengan yang lebih buruk,” ujarnya lagi.
Puteri Sarah ditemui di majlis pelancaran dan sidang media Anugerah Telenovela ke-9 di The Starhill, Bukit Bintang, pada Rabu.
Dalam pada itu, Sarah sempat berkongsi bahawa dia kini memliki perniagaan bersama rakan kongsinya di Jakarta, Indonesia.
Malah, Sarah memaklumkan dia mahu berehat selepas selesai jalani penggambaran sebuah drama yang memiliki 100 episod.
“Saya ada perniagaan sebenarnya di sana (Jakarta), perniagaan baharu sekarang, Alhamdulillah saya buat bersama rakan kongsi di sana.
“Buat masa sekarang, saya nak rehat sebab saya baru je habis 100 episod. Penat lapan bulan shoot. So, sekarang saya berehat dulu sambil itu saya fokus perniagaan saya,” jelas Sarah.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: mstar