Intan Najuwa Sah Bergelar Isteri Datuk, Terima Mas Kahwin RM20,000 & Wang Hantaran RM222,000
Dengan hanya sekali lafaz, pelakon Intan Najuwa selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Datuk Ahmad Azraf Azman, kira-kira jam 6.45 petang Jumaat
Dalam satu kenyataan media yang dislarkan, pasangan itu dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Dato Dr Hj Nooh Gadot dengan berwalikan bapa kepada pengantin perempuan iaitu Abdul Wahid.
Pada majlis yang berlangsung di lokasi tertutup di Johor Bahru itu, Ahmad Azraf telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM20,000 dan hantaran berjumlah RM222,000 kepada Intan.
Leave a Reply