Remy Ishak Sempat Bertemu Juruterbang ,Al Fatihah .

Remy Ishak sempat bertemu juruterbang pada Selasa lalu.

Inallillahirwainailayhirhojiun..

Takziah buat Shefa & family atas pemergian Captain Shahrul Kamal dalam nahas pesawat yg berlaku di Elmina semalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remy Ishak (@remyishak)

Baru dua hari lepas jumpa Kak Iza, arwah & his wife Shefa at Mozers Shah Alam.
Hari ni buka whatsapp dapat this sad news. I’m so sorry to hear this Shefa, Moga Allah tempatkan Shahrul bersama orang2 yg beriman. Amin ya rabb!

“Hari ni buka whatsapp dapat this sad news. I’m so sorry to hear this Shefa, Moga Allah tempatkan Shahrul bersama orang-orang yang beriman. Amin ya rabb,” kongsinya lagi.

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, ibu kepada Allahyarham Shahrul Mahanom Ismail, memaklumkan anaknya itu seorang yang manja dan amat dekat dengannya.

“Arwah rapat dan manja dengan saya, kalau balik rumah saya..dari jauh lagi, ‘mama..mama, buka pintu’.

“Saya akan merindui segalanya mengenai arwah, suara dia memanggil saya,” katanya seperti yang dipetik.

Katanya Mahanom lagi, anak bongsu daripada dua beradik itu kali terakhir menghubunginya sebelum dia menjalani pembedahan di Hospital Angkatan Tentera (ATM) Tuanku Mizan di ibu negara pada 24 Julai lalu.

“Sehari sebelum menjalani pembedahan usus dan hempedu, dia (anak) ada menghubungi saya untuk bertanya khabar.

“Sebelum meletakkan telefon, dia berkata ‘adik sayang mama sangat’,” kongsinya lagi.

Keseluruh mangsa yang terlibat dalam nahas ini adalah seramai 10 orang termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.

Pesawat tersebut sepatutnya dijadualkan mendarat pukul 2.40 petang bagaimanapun dipercayai melencong sebelum hilang kawalan dan terhempas.

Sehingga pukul 10.30 malam tadi, pihak polis telah selesai menemui 10 mayat mangsa serta lima bungkusan cebisan badan milik mangsa.

Kesemua mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk dibedah siasat.

Sumber: IG Remy Ishak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*