SUSULAN pendedahan dibuat dengn mendakwa bekas suaminya menjalinkan hubungan dengan anak kepada dua selebriti, wanita dikenali Umisya Mazlan tampil memuat naik sebuah video di laman X miliknya.
Menerusi video berkenaan, individu dipercayai suami wanta itu, Ahmad Aslam dilihat cuba menyakinkan Umisya dan ahli keluarga bahawa dia nekad berubah selepas menyedari kesilapan dilakukan terhadap isteri dan dua anak mereka.
Apa mencuri perhatian, lelaki berkenaan dilihat cuba menyalahkan anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim itu yang didakwa ‘mengejarnya’ walaupun mereka sudah memutuskan hubungan.
Umisya Mazlan (kiri) dan Ahmad Aslam (kanan).
Lelaki itu mendakwa lemah dengan situasi itu dan tidak boleh melawannya apabila remaja berkenaan Marissa Dania Hakim, 18, mengejarnya.
“Aslam tak boleh. Sekarang nak main nama Allah, orang dah tak percaya. Aslam nak minta maaf pun tak ada guna dah.
“Tetapi Aslam boleh cakap, selepas apa yang terjadi Aslam dah nekad nak berubah. Boleh tanya Chacha (Misya)… Satu bulan lebih macam itu.
“Dia datang balik, kejar-kejar Aslam. Aslam tak boleh. Aslam pernah cakap, satu kelemahan Aslam tak boleh lawan kelemahan Aslam,” katanya menerusi rakaman video berkenaan.
Video pertemuan itu dipercayai bersama ahli keluarga Umisya selepas berlaku salah faham di antara mereka.
Dalam pada itu, Umisya berkata, bekas suaminya itu tergamak menggunakan nama Allah demi melindungi perbuatannya.
Misya dedah Aslam tiada simpati terhadap anak-anak masih kecil.
“Ahmad Aslam bekas suami yang tiada ihsan dan sedikit terdetik kasihan pun dekat anak-anak dan isteri.
“Bersumpah janji dengan nama Tuhan untuk mempertahankan dosa yang dibuat,” luahnya.
Pada malam Khamis, Umisya dalam hantarannya di X (Twitter) mendedahkan anak pasangan selebriti tersebut menjadi penyebab rumah tangganya musnah.
Ibu kepada dua anak itu memaklumkan, peluang sebanyak tiga kali yang pernah diberikan sebelum ini tidak diendahkan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
Sumber : mStar