Anak kepada pasangan selebriti terkenal Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania Hakim akhirnya tampil memberi respon mengenai kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan dakwaan menjadi orang ketiga dalam satu hubungan suami isteri sehingga bercerai berai.
Dalam satu perkongsian yang dibuat Marissa, dia tidak menafikan perkara tersebut berlaku sebaliknya mengakui segalanya adalah kesilapan dari dirinya sendiri.
Tulis gadis berusia 18 tahun itu lagi, beberapa perkara yang menjadi tular di media sosial mengenai isu hangat itu ada yang tidak benar dan palsu namun menegaskan bahawa dia tidak perlu menjelaskan kepada semua pihak.
Saya mengaku saya salah. Apa yang diviralkan dan dikatakan ada yang benar, saya mengaku, dan ada juga yang tidak benar tapi saya bukan di sini untuk mempertahankan diri saya yang saya tidak bersalah dalam sesetengah perkara.
Tambahnya lagi, dengan viralnya perkara itu, dia tidak dapat menutup mulut netizen dan dia juga tidak memerlukan pengesahan ataupun bertanggungjawab untuk memberi sebarang penjelasan.
Selain itu, Marissa juga berharap bahawa orang di luar sana tidak menyalahkan atau menuding jari terhadap kedua ibu bapa iaitu Abby dan Norman di atas kekhilafan diri sehingga mengganggu emosi orang tuanya itu.
Antara saya dan Aslam pula, mungkin banyak andaian terhadap kami, tetapi cukuplah saya dan Aslam sahaja yang tahu apa yang sebenarnya terjadi pada kami.
Biar saya beritahu awak, saya dan Aslam tidak meraikan apa-apa selepas mereka pulang dari mahkamah seperti yang ditulis oleh Umisya di Twitter.
Tular sebelum ini mengenai dakwaan seorang wanita bernama Umisya yang diceraikan suami setelah 3 tahun berumah tangga gara-gara kehadiran orang ketiga. Wanita itu juga mendakwa ‘penyondol’ berkenaan adalah Marissa, anak kepada Norman Hakim dan Abby Abady.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber:mstar