Pelakon, penyanyi dan usahawan terkenal, Bella Astillah kongsi bahawa seorang peminat fanatik telah mengganggunya sehingga menimbulkan kerisauan terhadap dirinya.
Menurut isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz tersebut, peminatnya itu sering menghantar mesej (dm) di Instagram miliknya tanpa henti. Apa yang lebih menakutkan lagi adalah peminatnya itu turut akan hadir ke mana-mana acara yang dihadiri oleh pelakon tersebut.
“Risau! Mungkin ada tapi saya tak tahu kalau dia orangnya, sebab dia sentiasa hantar Dm pada saya tanpa henti. Aliff pun tahu pasal ni…” – Bella
“Kalau saya pergi majlis atau acara, dia juga akan datang dan akan beli Laksa yang saya jual. Dia muat naik gambar dan dia letak nama saya dekat dia…” – Katanya
“Mula-mula ingat macam biasa saja tapi lama kelamaan, bila dia reply IG Story saya seperti ‘Jealous la bila tengok awak dengan Aliff’. Saya takut…” – Katanya lagi
Ibu kepada dua cahaya mata ini turut mengatakan bahawa beliau berharap individu yang sering mengganggunya itu menghormati privasi dan rumah tangganya .
Video :
Sumber: Xtra
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!