Pelakon Fadlan Hazim tampil berkongsi budaya berkahwin dengan wanita Kazakhstan selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Aiya Mukhamedsalova.
Perkara itu dikongsikan oleh Fadlan dalam temubual santai bersama pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor, baru-baru ini.
Dalam temu bual itu, Rosyam meluahkan ingin tahu berkaitan wang hantaran yang dikenakan ibu bapa mentua untuk berkahwin dengan anak perempuannya.
Fadlan berkata, budaya Kazakhstan berbeza dengan adat Melayu kerana tidak perlu memberikan wang hantaran atau mas kahwin.
“Mereka tidak tekankan sangat soal hantaran, budaya mereka berbeza. Saya tidak ada hantaran. Masa nikah saya cuma beri cincin emas sahaja.
Saya sudah cuba yakinkan mereka mahu beri mas kahwin. Tapi, mereka enggan terima mas kahwin sebab hanya hargai saya untuk jaga anak sebaiknya,” katanya.
Dalam pada itu, Fadlan turut menyatakan budaya hantaran selalunya akan dibuat ketika majlis resepsi dalam satu upacara menukar hadiah.
“Budaya mereka waktu resepsi dua keluarga berdepan dan saling bertukar hadiah. Jadi hantaran itu akan dibuat ketika majlis kahwin nanti,” jelasnya.
Terdahulu, Fadlan dan Aiya mendirikan rumah tangga pada 15 Julai lalu dengan hanya sekali lafaz. –
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Writing by editor datul
Sumber: mstar
Leave a Reply