Ramai Gadis ‘Rela’ Lemas Bila Tahu Nadhir Nasar Pandai Berenang

Pelakon, Nadhir Nasar, 27, sering menjadi perhatian menerusi pelbagai watak yang dibawa olehnya dalam setiap lakonan.

Terbaharu, Nadhir telah berkongsi sedikit info berkenaan dirinya di laman sosial X apabila memaklumkan yang dia gemar memakan nasi kandar, minum teh ais dan juga pandai berenang.

 

“Nadhir, 27, kuat makan nasi kandar, peminat teh ais, pandai berenang,” tulis Nadhir berserta satu foto dirinya.

Posting terbaharu itu dibuat mengikut trend yang dilakukan pengguna X yang lain apabila memberitahu info berkenaan diri secara ringkas di media sosial terbabit.

 

Ciapan itu nyata mencuri perhatian ramai warganet, terutamanya peminat wanita.

Nadhir, 27, kuat makan nasi kandar, peminat teh ais, pandai berenang ?? https://t.co/raA0P00MA1 pic.twitter.com/kz1WTHnTIF

Pelbagai gurauan dibuat peminat menerusi ruang tersebut, termasuk ada yang ‘rela’ lemas demi diselamatkan pelakon terbabit.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber:  aplikasi x nadhir

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*