Kalau dah jodoh, tak kemana, Berpisah 10 tahun, wanita ini kahwin semula dengan bekas suami sekali ini respon anaknya

 

 

Berita gembira itu dikongsikan menerusi aplikasi TikTok sehingga meraih lebih 180,000 tontonan kurang dari 24 jam.

Mengimbas kisah lama mengenai dirinya, Wan Arnie Wan Yusoff berkata, dia berkahwin pada Januari 2009, namun berpisah pada 2011 disebabkan pihak ketiga.

Wanita berusia 37 tahun itu memberitahu, dia kemudian hidup berdua bersama anak lelakinya yang ketika itu masih kecil dan kini sudah berusia 11 tahun.

Arnie berkahwin pada 2009 sebelum berpisah pada 2011.

Kami membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing tetapi masih bersikap profesional antara satu sama lain.

“Walaupun berpisah, bekas suami tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ayah kepada anak saya termasuk pemberian nafkah dan meluangkan masa bersama anak,” katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Arnie, katanya, selepas tahun kedua berpisah, dia menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki yang juga begitu baik pada anaknya.

https://vt.tiktok.com/ZSNjV6qEh/

 

boyfriend selain masih patah hati dengan perkahwinan sebelum ini,” ujarnya yang berasal dari Marang, Terengganu.

 

Arnie (kanan) bersama anak lelakinya.

 

Namun kata Arnie, dia kemudian mendapat khabar berita bahawa hubungan bekas suaminya dengan wanita pilihan hatinya itu tidak berpanjangan sebelum berkahwin.

 

Menurut eksekutif kanan di Shah Alam, Selangor itu, hubungan cintanya bersama jejaka pilihan selama lapan tahun juga tidak berkekalan dan berakhir pada 2019.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

 

Sumber : Mstar

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*