Rm100 juta bantuan kemanusiaan kepada palestin

PRIHATIN dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin, kerajaan Malaysia akan mengagihkan bantuan kemanusiaan berjumlah RM100 juta, dalam masa terdekat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah bantuan berkenaan akan diagihkan khusus kepada dana kemanusiaan dan perubatan untuk penduduk Gaza.

“Saya sudah umumkan bantuan RM10 juta dan insya-Allah Khamis ini sebelum berlepas ke Arab Saudi, kutipan lengkap RM100 juta (selain GLC) akan diagihkan khusus ke Gaza untuk bantuan kemanusiaan dan perubatan.

 

“Masalahnya ialah dalam perbincangan kami dengan beberapa negara, termasuk Turkiye dan Mesir, Israel keberatan untuk membuka sempadan.

 

“Tiga pesawat Turkiye telah sampai ke pelabuhan sempadan Gaza tetapi sempadan Rafah-Gaza tidak dibuka,” katanya di Dewan Rakyat pada 16 Oktober.

 

Malah, Anwar turut menyatakan beberapa negara lain iaitu Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar turut menghantar bantuan makanan perubatan tetapi tidak dapat menyampaikannya kerana dihalang berbuat demikian.

 

Mengulas lanjut, Anwar berkata, dalam keadaan genting dengan jumlah mangsa dan kecederaan semakin meningkat serta pelbagai sumber terputus, bantuan kemanusiaan perlu digerakkan segera.

 

“Satu perkara yang saya akan katakan adalah hipokrit kerana Amerika Syarikat dan Barat tidak boleh bersetuju untuk menyediakan makanan dan minuman kepada orang yang cedera parah dan kehilangan segala-galanya dan beberapa kawasan di Gaza telah kehilangan keperluan untuk air bersih dan makanan.

 

“Saya telah memberi mandat penuh kepada Menteri Luar Negeri untuk membincangkan dan mengambil segala kemungkinan keputusan berhubung penyampaian bantuan kemanusiaan dan sebarang tindakan yang dipersetujui oleh negara jiran agar tindakan yang lebih berkesan dapat dilaksanakan.

 

“Langkah pertama ini, Menteri Luar Negeri akan mewakili kami untuk menyampaikan pandangan dengan satu matlamat iaitu menyelamatkan keadaan semasa dan kedua-duanya mengambil langkah perlu.

 

“Saya akan membuat susulan di Riyadh dan jika perlu saya akan membantu rakan-rakan di sana untuk membantu mereka mencari jalan penyelesaian yang baik,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Writing by editor sheeba

Sumber : mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*