PENYANYI tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza antara selebriti tempatan yang terawal dan banyak berkongsi mengenai Palestin di media sosial.
Bagaimanapun Siti Nurhaliza menerusi Instastory miliknya memaklumkan beberapa perkongsian yang
dimuat naik sebelum ini melibatkan kesengsaraan rakyat Palestin sudah mula disekat.
Hal tersebut tidak menghalang atau membuat Siti Nurhaliza berhenti untuk terus menyebarkan kesedaran mengenai penderitaan saudara sesama Islam di Palestin.
Posting saya mengenai Palestin di IG feed sudah mula kena block. Tak mengapa, usaha diteruskan,” maklumnya
Dalam perkongsian yang sama, pelantun lagu Cindai itu turut meninggalkan pautan laman sesawang untuk orang ramai menderma kepada tabung bantuan khas Palestin.
Terdahulu, Siti menerima pujian netizen apabila dia dilihat giat memuat naik hantaran memberikan kesedaran mengenai pergolakan yang berlaku di Palestin.
Menurut seorang netizen, meskipun Siti baru sahaja melancarkan dua muzik video terbaharu, namun dia lebih mementingkan berita mengenai saudara sesama Islam yang ketika ini berperang dengan tentera Israel berbanding mempromosikan album nya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Writing by editor sheeba
Sumber : instagram sitidk
Leave a Reply