Isu Palestin, Baby Shima dicemuh tidak sensitif

SEKALI lagi penyanyi dangdut, Baby Shima meraih perhatian apabila disangka menyokong rejim Zionis apabila mengenakan hiasan bendera Israel pada bahagian pipinya.

 

Video berkenaan dikongsikan pemilik nama Nor Ashima Ramli itu dalam Instagramnya bagi menunjukkan kebencian terhadap Israel tetapi telah disalah erti sebilangan peminat.

Mereka yang tidak mengikut paparan itu sehingga ke akhir menyangka dia berada di pihak musuh, namun hakikatnya ada plot ‘twist’ ditunjukkan di beberapa saat terawal.

Baby Shima sebenarnya turut mengutuk kekejaman Israel dengan tindakan menumbuk dan memijak bendera negara itu.

Begitupun, ada dalam kalangan pengikut yang memahami maksud ingin disampaikan menegur perbuatannya meletakkan hiasan bendera Israel di pipi.

 

Malah mereka juga tidak menyalahkan orang yang mengecam penyanyi itu kerana tindakan dibuat dirasakan tidak kena.

Matlamat tak menghalalkan cara. Itu yang Mizz Lahar faham dan harap Baby Shima ambil teguran netizen dengan hati terbuka. Paling penting kita semua bersatu hati kutuk kekejaman rejim Zionis.

Komen netizen

MIZZ LAHAR: Harap personaliti popular mahu pun pengeluar produk tidak gunakan konflik di Gaza sebagai modal promosi.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Writing by editor sheeba

Sumber : instagram babyshima

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*