Aniq suhairi,Dakwaan hamilkan anak orang mengambil tindakan saman..

Pelakon Aniq Suhair ambil tindakan saman susulan dakwaan menghamilkan seorang wanita sekali gus menyifatkan ia satu tindakan yang berniat jahat.

 

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Aniq berkata tuduhan tersebut dilemparkan untuk merosakkan reputasi dan nama baiknya.

Aniq Suhair ambil tindakan saman

Saya sedia maklum dengan apa yang sedang tular di media sosial beberapa hari ini. Saya juga ingin menyatakan bahawa dakwaan yang dilemparkan adalah satu tindakan yang berniat jahat untuk merosakkan reputasi dan nama baik saya,” tulisnya.

Pelakon berumur 23 tahun itu juga menyatakan dia sudah berhubung dengan peguamnya bagi mencari jalan penyelesaian untuk isu ini.

Selain daripada itu, aktor ini juga berkata dia akan mengambil tindakan untuk menyaman pihak yang melemparkan fitnah tidak berasas terhadap dirinya.

 

Saya telahpun mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi hak dan menjaga nama baik saya dan keluarga, termasuklah memulakan tindakan saman,” katanya.Aniq juga enggan mengulas lanjut bagi mengelak proses undang-undang terjejas dan menyatakan dia akan membuat laporan polis dalam masa terdekat ini.

 

“Atas nasihat peguam saya, saya tak dapat beri komen lanjut kerana ia akan menjejaskan proses undang-undang. Saya juga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat. Terima kasih,” ujarnya.

Antara komen-komen netizen yang memberi kata-kata semangat.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Writing by editor sheeba

 

Sumber : Instagram aniqshr

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*