Siap bawa tukang urut, Tony Fernandes kongsi foto hadiri mesyuarat tak berbaju!

Pengasas bersama AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes telah mencuri perhatian dunia baru-baru ini selepas membuat satu perkongsian di media sosial miliknya.

 

Mengejutkan, Tony bertindak memuat naik gambar memaparkan dirinya sedang menghadiri mesyuarat tanpa mengenakan baju sambil diurut oleh seorang wanita.

Gambar yang dikritik hebat itu tersebar luas selepas ia dimuat naik sendiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd itu di akaun LinkedIn miliknya, pada Isnin lalu.

 

Diambil ketika menghadiri mesyuarat secara atas talian, gambar tersebut dikatakan dikongsi beliau untuk menghargai syarikat tambang murah yang diasaskannya itu.

Hal ini kerana, budaya syarikat berkenaan yang longgar telah membenarkan dirinya mendapatkan urutan sambil menghadiri mesyuarat pengurusan dengan serentak.

 

“Minggu ini penuh dengan tekanan dan Veranita Josephine (Pengarah Urusan Air Asia Indonesia) mencadangkan saya untuk mendapatkan urutan.

Saya harus mencintai budaya Indonesia dan AirAsia yang membenarkan saya mendapatkan urutan sambil menghadiri mesyuarat pengurusan.

 

“Kami membuat kemajuan besar dan saya telah memuktamadkan struktur Capital A. Hari-hari mendatang yang menggembirakan. Bangga dengan apa yang telah kami capai,” tulisnya.

Hantaran yang tular di media sosial itu kemudian dipadam oleh Tony selepas tidak mendapat sambutan baik dan malah dikritik daripada pengguna platform tersebut.

 

Kontroversi yang menyelubungi gambar berkenaan turut menyita tumpuan daripada masyarakat luar negara dan beberapa institusi media bertaraf antarabangsa.

 

Tinjauan mendapati rata-rata pengguna media sosial tidak senang dengan hantaran tersebut dan menyifatkannya sebagai aksi kurang sopan serta tidak profesional.

 

“Bagaimana imej tidak berbaju ketika menghadiri mesyuarat boleh dipanggil budaya kerja? Mengapa dia rasa gambar ini sesuai dikongsikan? Ia mengerikan,” kata seorang pengguna.

 

“Bukan budaya kerja yang membenarkan dia berurut sambil tidak berbaju ketika mesyuarat. Tetapi pengaruh kedudukannya sebagai CEO,” kongsi pengguna LinkedIn lain.

 

Namun begitu, ada beberapa individu yang berpendapat hantaran tersebut menggambarkan situasi sebenar ketika seseorang itu bekerja dari rumah (WFH).

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Writing by editor sheeba

Sumber : aplikasi x

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*