Baru 3 bulan kahwin di tuduh mandul,respon watie apa pulak..

 

Baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada Jun lalu, isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie masih berada dalam radar netizen.

 

Kini timbul pula isi daripada mulut individu yang meninggalkan komen pedas di hantaran Instagram Watie.

pengguna tersebut mempersoal sama ada Watie mandul kerana masih tidak mengandung sehingga kini.

 

“Cakap je la kau tu dah mandul kan senang orang lepas kahwin mesti nk cepat-cepat mengandung, tapi kau sampai sekarang tak mengandung Iagi.” ujar komen tersebut.

Semua pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan zuriat sendiri namun orang ramai perlu hormati sesetengah pasangan muda yang lebih rela merancang.

 

Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah tidak melatah malah memaklumkan bahawa dia dan suami sedang merancang.

“Saya baru tiga bulan kahwin dan saya memilih untuk merancang tapi kalau Allah bagi alhamdulillah dan kalau Allah tak bagi pun alhamdulillah, saya tetap syukur.

 

“Sebab ada zuriat ataupun tidak, saya sudah pun mempunyai anak sekarang. Semoga doa awak tu berbalik pada awak. Kalau baik maka baiklah juga untuk awak,” balas Watie.

Soal anak ini biarlah menjadi urusan pasangan yang berkahwin, tak perlu kita masuk campur walaupun mereka berstatus selebriti sekalipun.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Writing by editor sheeba

 

Sumber : instagram watie

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*