Aliff syukri di kecam teruk gunakan Ira kazar jual tudung palestine.

Perkongsian terbaru usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri mengundang kecaman netizen selepas didakwa mengambil kesempatan atas kesengsaraan rakyat Palestin dengan mempromosikan jualan tudung keluarannya.

 

Menerusi video yang tular di Facebook, Aliff menampilkan isteri Syamsul Yusof, Ira Kazar dalam kempen tudung terbarunya itu.

Mereka dilihat berarak dengan berkaki ayam sambil memegang bendera Palestin dan Malaysia.

 

Ira Kazar turut dilihat menggayakan beberapa koleksi tudung dan di akhir video, Aliff Syukri melaungkan ayat Free Palestin.

 

Dalam video tersebut, Aliff menunjukkan mimik wajah sedih, bersimpati dengan nasib malang penduduk Palestin akibat ‘dibantai’ kumpulan Zionis Israel.

Ketika kamera dihalakan pada wajah Ira Kazar, wanita itu turut mempamerkan riak wajah serupa.

 

Dalam memperjuangkan solidariti untuk mangsa peperangan Palestin, secara halus video tersebut sebenarnya dikatakan bertujuan untuk mempromosikan tudung yang digayakan oleh anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu.

 

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen berang dan menganggap usahawan tersebut tidak sensitif dengan penderitaan yang dialami penduduk Palestin apabila masih sempat membuat promosi untuk melariskan produknya.

Tolong jangan jadikan Palestin marketing untuk orang beli jujurlah dari segala benda,” komen netizen.

“Kenapa aku nampak video ini tidak ikhlas langsung. Bukan saatnya untuk buat lawak. Tolong hormat sikit mereka (rakyat Palestin) di sana,” tegur seorang pengguna Facebook.

Jangan buat gurau dengan kesengsaraan orang. Nanti Allah SWT terbalikkan kesengsaraan itu pada diri sendiri,” ujar seorang lagi netizen.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Writing by editor sheeba

 

Sumber : facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*