Influencer indonesia jalani 3 pembedahan plastik,bangga di puji mirip siti Nurhaliza.

Personaliti media sosial asal Indonesia, Bunda Corla berjaya mencuri tumpuan ramai apabila berkongsi wajah baharunya selepas menjalani pembedahan plastik.

Difahamkan, ‘influencer’ berusia 48 tahun itu menjalani tiga prosedur pembedahan untuk mendapatkan wajah yang lebih awet muda berbanding usianya yang sebenar.

Antara pembedahan kosmetik yang dijalani Bunda Corla ialah ‘brow lift’ di mana bahagian dahi di sekitar mata dinaikkan bagi menghilangkan kedutan dan kelihatan segar.

Pemilik nama sebenar Cynthia Corla Pricillia itu turut melakukan prosedur ‘facelift’ untuk menegangkan kulit wajah dan memperbaiki struktur muka agar tampak lebih muda.

Bunda Corla juga tidak melepaskan peluang bagi melakukan pembedahan di hidung bagi membaik pulih bentuk selepas menjalani prosedur sama pada tahun 1997 lalu.

Menerusi satu hantaran di akaun TikTok miliknya, Corla berkata bahawa dirinya kini meraih banyak pujian dan dikatakan mirip penyanyi lagenda Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Sita Nurhaziza Corla rindu hari raya,” tulis personaliti seberang yang menetap di Jerman itu di ruangan kapsyen video kedua kongsiannya di akaun TikTok yang sama.

https://vt.tiktok.com/ZSNrBox2T/

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna media sosial bersetuju bahawa muka Bunda Corla mirip Siti Nurhaliza selepas menjalani pembedahan.

Ada juga individu yang bertanya sama ada Bunda Corla menjadikan penyanyi nombor satu negara itu sebagai rujukan ketika mahu menjalani pembedahan kosmetik.

“Wow, tambah cantik Bunda. Mirip Datuk Siti Nurhaliza dari Malaysia,” kongsi seorang pengguna media sosial yang memuji hasil pembedahan tersebut.

Kenapa jadi mirip Siti Nurhaliza? Atau memang impiannya jadi Datuk Siti ya Bonda Corla?” Soal pengikut lain yang tertanya sekiranya personaliti itu memilih Siti sebagai rujukan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Writing by editor sheeba

 

Sumber : bundacorlaoffical

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*