Pempengaruh terkenal, Dahlia Rizal mendedahkan rahsia mengenai kulitnya yang tampak lebih ‘glowing’ dan sihat sewaktu majlis pernikahannya pada Sabtu lalu.
Menurut Dahlia, buat pasangan yang bakal melangsungkan perkahwin, penjagaan mental dan fizikal semem harus dititikberatkan.
everyday
“Dari segi fizikal, saya buat sesi rawatan muka dua kali seminggu sebelum nikah. Makan pada waktu siang sahaja. Malam puasa. Hari-hari lembabkan kulit dan banyak minum air.
“Dari segi mental pula, tak tipu, masih tak berapa okay masa nikah tapi saya kena jadi kuat. Tak dilupakan juga, saya banyak istigfar,” tulisnya.Perkongsian itu merupakan respon Dahlia terhadap pertanyaan seorang pengikutnya di aplikasi X.
Pada masa sama, Dahli juga memaklumkan dirinya ada melakukan rawatan laser di bahagian bawah matanya.
Terdahulu, Dahlia dan suaminya yang juga merupakan pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil telah selamat bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz pada Sabtu lalu.
Dalam majlis tertutup yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka, Imran menyerahkan mas kahwin sebanyak RM 300 selepas mengingat tali pertunangan Ogos tahun lalu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Writing by editor sheeba
Sumber : applikasi x
Leave a Reply