Muka dah licin tapi tumbuh pula bintik di mata, ini 5 cara untuk hilangkan biji kolestro

Masalah kehadiran milia seed atau lebih dikenali sebagai biji kolestrol di wajah terutamanya di kawasan mata selalunya dihadapi oleh kaum wanita.

 

Biji kolesterol adalah merupakan biji-biji kecil berwarna putih kekuningan yang tidak berbahaya pada kesihatan, tidak menyakitkan atau menyebabkan rasa gatal.

Antara punca bagaimana biji ini boleh terbentuk pada wajah adalah penggunaan produk penjagaan muka berasaskan minyak atau kerana kerap memakai solekan.

 

Hal ini kerana, minyak yang banyak terperangkap pada wajah telah menyebabkan sel-sel kulit mati berkumpul lalu mengakibatkan liang-liang kulit tersumbat.

Oleh kerana biji kolestrol yang terbentuk di bawah lapisan kulit ini tidak boleh dipicit seperti jerawat, berikut lima kaedah yang boleh diamalkan bagi menyingkirkannya.

 

1. Mencuci wajah

 

Mereka yang mengalami masalah ini perlu mencuci muka dengan sabun yang lembut dan bebas paraben setiap hari. Kulit kemudian boleh dikeringkan dengan kain bersih.

 

2. Skrub

 

Kebanyakkan skrub di pasaran mengandungi ejen pengelupasan (exfoliate) yang berkesan dalam menghalang keratin dalam kulit daripada terhasil secara berlebihan.

Untuk menghilangkan biji kolestrol, disarankan untuk menggunakan skrub muka yang mengandungi kandungan asid salisilik, asid sitrik atau asid glikolik.

Namun perlu diingatkan bahawa skrub hanya perlu digunakan sekali dalam tempoh seminggu untuk menjaga lapisan permukaan kulit yang nipis.

 

3. Krim Retinoid

 

Krim retinoid ini mengandungi vitamin A yang penting untuk kesihatan kulit selain dapat membantu dalam menghilangkan biji kolestrol di wajah.

 

Produk yang mengandungi retinoid atau retinol ini juga hanya perlu digunakan sekali dalam sehari. Jangan lupa, krim ini dipakai setelah muka dicuci bersih dan kering.

Sebagai peringatan, mereka yang menggunakan krim retinoid atau retinol ini wajib memakainya bersama krim pelindung matahari pada setiap hari.

 

4. Krim pelindung matahari

 

Gunakan krim pelindung matahari khusus untuk wajah yang mengandungi SPF 30 atau lebih tinggi. Mereka yang memiliki kulit sensitif terhadap matahari disarankan untuk menggunakan produk SPF 100.

 

5. Wap wajah

 

Kaedah ini sangat berkesan digunakan dengan tujuan untuk membuka liang-liang roma bagi menyingkirkan sebarang bahan perengsa yang melekat pada kulit wajah.

 

Boleh membantu menghilangkan biji kolestrol, anda cuma perlu membuka air pancuran dengan suhu panas ketika duduk di dalam bilik mandi dalam masa lima hingga 10 minit.

Selepas itu, air pancuran panas ini boleh ditutup dan boleh terus duduk beberapa minit lagi dalam bilik mandi. Kemudian, lap kering kulit dan bilas dengan air suam.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Writing by editor sheeba

Sumber :Hello Doktor.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*