Keputusan beberapa selebriti tanah air yang memilih untuk tidak lagi bethijab bukanlah sesuatu yang baru, malah ia dilihat seperti sudah menjadi trend dalam kalangan mereka.
Antaranya mereka yang menarik perhatian adalah Masya Masyitah, Nadia Annuar, Alya Iman, Tash Yong dan Intan Sarafina.
Penampilan ‘tudung terbang’ turut mengundang pelbagai reaksi negatif daripada peminat dan netizen yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan keputusan diambil.
Entah di mana silapnya, ramai antara mereka memberikan pelbagai alasan tidak munasabah seperti tidak mampu menipu diri sendiri, enggan hipokrit selain sukar untuk kekal istiqamah.
1) Alya Iman
Pelakon baharu Alya Iman mengambil keputusan tidak lagi bertudung sejak 1 Syawal lalu, memberitahu dia enggan terus menipu diri sendiri dalam media sosial.
Katanya, selepas mendapat persetujuan keluarga dan teman rapat, dia nekad untuk berkongsi perubahan imej dengan khalayak
“Tak nak hipokrit dan mahu jadi diri sendiri. Sebelum ini, saya memang berperang dengan diri sendiri adakah saya sudah bersedia dengan kecaman netizen jika kongsi penampilan baru dalam media sosial,.
2) Penyanyi Masya Masyitah
Masya sebelum mengumumkan keputusan tidak lagi berhijab, dia dihujani pelbagai kontroversi apabila bergaya dengan penampilan yang agak ‘panas’ walaupun sedang berhijab.
Masya mengambil keputusan membuka tudung pada Julai lalu dan berharap tiada pihak menyalahkan kedua ibu bapanya sebaliknya tindakan yang dibuat atas pilihan sendiri.
3) Pelakon Tash Yong
Tash Yong hanya mampu bertahan mengenakan hijab selama tiga tahun. Dia menjelaskan tindakannya yang kini sudah membuka tudung disebabkan iman yang tidak cukup kuat.
Tash atau nama sebenar Nur Natasha Shazlia Rosli berkata, walaupun sekarang dia tidak lagi memakai tudung, tapi itu bukan bermakna dia akan berbuat demikian selamanya.
4) Pelakon Mawar Rashid
Mawar baru-baru ini mengejutkan peminat dan pengikutnya apabila tidak lagi mengenakan hijab.
Bagaimanapun selepas 10 hari membuat pengumuman tidak lagi bertudung, Mawar bertindak memadam semua foto yang memperlihatkan dia tidak menutup aurat di akaun media sosialnya.
Dalam masa sama, Mawar turut memohon maaf kerana memilih untuk menjauhkan diri daripada semua orang dan lebih selesa berkongsi segala perkara dengan pakar terapi yang merawatnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Writing by editor sheeba
Sumber : youtube
Leave a Reply