Tayang kekakyaan di syaki hasil cuci duit haram,artis wanita ini di sisasat bank negara

Tindakan seorang pelakon terkenal yang ‘menayang’ kekayaannya di media sosial mengundang padah apabila kewangannya dalam pemerhatian Bank Negara.

 

Hal ini kerana, Bank Negara mensyaki kemewahan yang dinikmati oleh pelakon wanita berkenaan sebenarnya datang daripada aktiviti penggubahan wang haram.

Difahamkan, selebriti cantik yang masih muda itu memang masih menerima tawaran baik dari segi lakonan, promosi produk mahupun menjadi duta jenama tempatan.

 

Namun begitu, kekayaan dan kemewahan yang ditayangkan oleh artis tersebut agak luar biasa sehingga tampil mencurigakan di mata peminat dan juga Bank Negara.

Identitinya masih tidak didedahkan namun berdasarkan laporan Utusan, artis ‘putih gebu’ ini masih aktif berlakon dan sering dipuji ramai kerana sifatnya yang mesra.

 

“Dapat dilihat pada gaya hidup artis wanita berkulit putih gebu ini. Ramai yang hairan, dia ini nak kata berlakon datang bertubi-tubi itu tidak juga.

 

“Bayaran berlakon pun rasanya tidaklah cecah ratusan ribu bukan untuk sekali ‘job’, betul tak? Bukannya artis gred A pun. Tetapi, dari segi gaya hidup, memang mewah.

“Dia pula sejenis tak segan nak tayang pada orang ramai dan di media sosial apa yang dia ada. Dari situ, timbul banyak pertikaian secara cakap-cakap belakang,” tulis laporan itu.

 

Meskipun masih aktif bekerjaya, pihak Bank Negara berpendapat bayaran untuk lakonannya tidaklah setinggi mana jika dibandingkan dengan gaya hidup mewahnya.

 

Oleh yang demikian, pelakon itu kini berada di dalam senarai dan pemantauan Bank Negara dipercayai berkaitan siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA).

 

Sumber laporan tersebut bagaimanapun masih belum mendedahkan sama ada pelakon berkenaan sudah dipanggil oleh pihak penguatkuasa untuk disoal siasat.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

 

Writing by editor sheeba

 

Sumber : facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*