Sedih mendengar cerita di sebalik senyuman dan celoteh Siti. Semoga kuat menghadapi hari-hari mendatang. Bagi peluang Siti jaga abang lagi baik daripada hidup terseksa dengan suami yang tidak bertanggungjawab itu.”
Demikian kata seorang pengguna laman sosial susulan kisah pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall yang memaparkan dirinya menjaga dan menguruskan abang yang juga Orang Kurang Upaya (OKU), Mohd Khairul Nizam Wahiddin, 34.
Video dua beradik itu juga mengundang hiba warga maya hingga menjadi tular selain ramai yang memuji tindakan Siti.
Siti Jamumall, 24, atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin berkata, abangnya OKU fizikal sejak dilahirkan dan sudah tidak boleh berjalan sejak berumur 15 tahun.
“Di sebalik kehidupan dan keceriaan yang orang lihat pada saya selama ini, ramai tidak tahu saya mempunyai abang OKU. Dia adalah kekuatan saya. Kalau anda tanya kenapa saya boleh kuat berdepan macam-macam dugaan, semuanya kerana dia.
“Sejak tidak boleh berjalan, abang memang perlu diuruskan sepenuhnya. Pendek kata, kena ada yang bantu. Kalau nak tahu, dulu abang menjaga kami adik beradik ketika masih kecil, termasuklah saya.
“Jadi, apabila dah besar saya berjanji pada diri, selama saya masih hidup saya akan menguruskannya sampai bila-bila. Saya takkan tinggalkan dia, saya akan menjaganya sampai hujung nyawa saya. Sebab dia dah banyak tolong dan berikan semangat pada saya,” katanya.
Tambah Siti lagi, abangnya juga insan yang banyak memberikan contoh untuk menjadi insan yang terbaik.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Writing by editor sheeba
Sumber : tiktok sitijam
Leave a Reply