
Selepas membuat keputusan untuk berehat daripada bidang politik, rata-rata melihat bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin lebih tenangTambahan pula, beliau mula bertugas sebagai penyampai di stesen radio Hot FM pada Februari lalu.
Kini KJ dilihat tampil dalam iklan makanan Pak Mat Western sebagai penghantar makanan pula.
“Memandangkan saya tengah free, saya berbesar hati menerima tawaran itu,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Rata-rata netizen tampil memuji gaya lakonan yang dilihat tidak kekok malah berseloroh beliau ‘caras’ kerja mereka.
“Setakat ni KJ paling win iklan pak mat western.
“Dulu kerja pasar malam, pemandu teksi semua dia sapu.
“Anda patut masuk ke dalam industri lakonan KJ! Ada bakat semulajadi,” antara komen pengguna TikTok.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Writing by editor sheeba
Sumber : tiktok kj
Leave a Reply