
Seorang peniaga yang membuka gerai sate di Jalan Kampung Padang, Jitra Kedah telah berjaya menarik perhatian ramai baru-baru ini.
Mana tidaknya, peniaga yang dikenali sebagai Fikri Ismail itu menawarkan sate dengan harga tidak masuk akal sejak membuka gerainya pada enam bulan lalu.
Kedengaran mustahil, peniaga yang hanya menjual secara ‘take-away’ atau bawa pulang itu menawarkan sate ayam siap dibakar dengan harga 40 sen secucuk.
Para pelanggan yang mengunjungi gerai Fikri itu juga boleh mendapatkan sate daging siap dibakar dengan harga murah iaitu 70 sen secucuk atau RM7 untuk 10 cucuk
Selain menjual hidangan sate ayam dan daging, Fikri Ismail juga bercadang untuk memperkenalkan menu baharu di gerai pada masa akan datang iaitu sate kambing.
Tidak hanya mengejar keuntungan, Fikri turut mengamalkan konsep meniaga sambil beramal bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Writing by editor sheeba
Sumber : facebook
Leave a Reply