Bakar al-Quran, Sweden akan usir Salwan Momika

Tular isu warganegara Iraq, Salwan Momika yang membakar kitab suci al-Quran di luar Kedutaan Turkiye di Sweden pada 21 Jun lalu.

Menurut laman berita AA, jurucakap Pejabat Migrasi Sweden, Jesper Tengroth memakumkan mengenai permit pemastautin lelaki tersebut.

Bercakap kepada stesen penyiaran temapatan, TV4 Jesper Tengroth menyatakan bahawa permit pemastautin dan pekerjaan Momika akan tamat pada 16 April 2024,

“Permitnya bagaimanapun tidak akan diperbaharui dan dia akan diusir.

“Kami membuat keputusan ini berdasarkan fakta dia membuat kenyataan palsu dalam permohonan permit tersebut,” kata Tengroth.

Tambahnya juga lelaki itu akan dilarang untuk memasuki Sweden untuk tempoh lima tahun.

Menurut laporan, Momika membantah keputusan tersebut dan akan membawa kesnya ke mahkamah migrasi Sweden.

Momika membakar sebuah naskah al-Quran di luar Kedutaan Turkiye di Sweden pada 21 Jun lalu.

Lelaki tersebut membakar kitab suci umat Islam itu di luar sebuah masjid di Stockholm semasa umat Islam menyambut Aidiladha pada tahun ini.

Sweden bersama Denmark dan Belanda berdepan kecaman meluas kerana membenarkan perbuatan menghina kitab suci al-Quran di bawah perlindungan polis.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Writing by editor sheeba

Sumber : tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*