Personaliti media sosial, Syamimia akhirnya tampil menjawab spekulasi berhubung kewujudan patung dewa Yunani yang dijadikan perhiasan rumahnya.
Menerusi hantaran di laman Instagram itu, Syamimia turut menegaskan pendiriannya yang terlihat gagal bersuara berhubung isu penderitaan dialami rakyat Palestin.
Bersedia menerima segala kritikan dan teguran dengan minda terbuka, Syamimia tampil memohon maaf atas kesilapannya menjadikan patung itu sebagai perhiasan rumah.
Kehilangan ratusan ribu pengikut di sosial media miliknya, Syamimia akui kejadian itu menjadikannya individu yang lebih peka dan sensitif terutamanya dalam isu agama.
Pencipta kandungan di TikTok itu sebelum ini telah dituduh menyimpan patung hasil ukiran artis Itali popular pada abad ke-16, Michelangelo yang dikenali sebagai David.
Ukiran itu dibuat bagi menggambarkan Raja David yang tidak pandai berperang dan sanggup mengorbankan dirinya untuk melawan raksasa demi menyelamatkan Israel.
“Isu Palestine dan ukiran patung David telah mengajar saya menjadi seseorang yang lebih peka pada isu semasa. Ini merupakan pengajaran terbesar dalam hidup saya.
“Saya bersama Palestine dan patung tersebut telah dilupuskan. Saya bersyukur menerima bimbingan yang anda berikan. Saya mengaku bersalah kerana tidak prihatin tentang isu ini.
“Kekurangan ini menjadi iktibar untuk perbaiki diri di masa hadapan. Sekali lagi saya ikhlas mohon maaf. Saya tiada niat untuk melukai sesiapa,” katanya.
Terdahulu, Syamimia dikecam ramai selepas enggan menggunakan platform media sosial miliknya yang mempunyai ramai pengikut untuk bersuara mengenai Palestin.
Syamimia yang popular dengan perkongsian hiasan dalaman rumah itu kembali menjadi sorotan selepas ‘kantoi’ menjadikan patung David sebagai perhiasan kediamannya.
Seorang pelayar X (Twitter) kemudian tampil menjelaskan bahawa ukiran berkenaan bukanlah Raja David tetapi patung Apollo yang merupakan dewa atau Tuhan Yunani.
Namun begitu, kedua-dua patung berkenaan tentunya tidak sesuai untuk dijadikan perhiasan di dalam rumah terutamanya pemilik kediaman yang beragama Islam.
Menerusi laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum meletakkan patung di dalam rumah atau kereta sebagai perhiasan adalah haram berdasarkan panduan hadis.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Writing by editor sheeba
Sumber : tiktok
Leave a Reply