“Terima Kasih Kerana Memfitnah Kami…” – Syafiq Amzah Bawah Diri

Adik lelaki penyanyi Shila Amzah iaitu Amir Shafiq mengumumkan bahawa beliau telah berlepas ke China atas urusan pekerjaan pada Sabtu lalu.Melalui perkongsian di TikTok, Shafiq menerangkan bahawa dia sepatutnya berangkat ke China pada Khamis lalu, namun terpaksa menunda penerbangan disebabkan beberapa masalah, termasuk fitnah yang menimpa dirinya dan keluarganya.

 

“Alhamdulillah. Allah masih memberi kehidupan. Syukur. Pada hari ini (Sabtu), saya berangkat ke China. Penerbangan terpaksa ditangguhkan. Seharusnya pada tanggal 19 bulan ini. Sebab fitnah dari pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab, pekerjaan terhambat…” – Ujar Syafiq Amzah

 

“Alhamdulilah. Hari ini Allah memberi jalan untuk terus bekerja. Semua cobaan pasti memiliki hikmah…” – Ujarnya

 

Dalam perkongsian yang sama, Shafiq juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyebarkan fitnah tentang dirinya, ibunya Fauziah Sarman, adik perempuannya Syada Amzah, dan kekasihnya, Eiza.

 

Malah, Shafiq juga memberikan nasihat kepada semua orang agar meminta maaf kepada ibu masing-masing sebelum terlambat.

 

 

“Terima kasih kepada semua yang telah mencemarkan nama kami. Saya memaafkan kalian semua. Semoga Allah membuka hati kalian untuk lebih memeriksa diri sendiri sebelum menilai orang lain…” – Lanjutnya

 

“Dan juga, tolong cari ibu atau ibu bapa kalian dan minta maaf pada mereka, sebelum terlambat…” – Demikian katanya.

 

Bagaimanapun, Shafiq masih memilih untuk menutup ruang komentar di perkongsian TikTok-nya semenjak kontroversi dengan kakaknya, Shila.

https://vt.tiktok.com/ZSNBDxuM3/

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Writing by editor sheeba

 

Sumber : tiktok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*