
Demi menyara keluarga yang tiada pendapatan tetap, pelakon Aedy Ashraf mendedahkan terpaksa berhenti sekolah
ketika berada di tingkatan empat dan tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Bukan mudah, Aedy atau Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 30, berkata keputusan tersebut antara yang paling sukar pernah dilakukan dalam hidup.
“Ketika itu umur saya baru 16 tahun. Kalau lakukan dua perkara itu (belajar dan berlakon) serentak, saya akan gagal melaksanakannya.
“Kalau saya pilih untuk teruskan persekolahan, kami tidak akan ada duit nak makan setiap hari sebab kalau ke sekolah, saya tak boleh lakukan penggambaran langsung,” katanya memetik Kosmo.
Berkongsi lanjut, selepas berhenti sekolah, dia memberi fokus sepenuhnya dalam bidang lakonan termasuk aktif menghadiri pelbagai uji bakat dengan menaiki pengangkutan awam bagi memastikan pihak produksi memberinya peluang untuk bergelar pelakon.
“Apabila sudah berlakon, saya memang memberi fokus, pergi uji bakat walaupun terpaksa naik pengangkutan awam seorang diri.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Writing by editor sheeba
Sumber : hm
Leave a Reply