
Sudah menjadi kebiasaan di acara annual dinner syarikat yang mana pihak organisasi akan menetapkan satu tema khas ataupon pertandingan baju paling kreatif di kalangan pekerja.Dan pada masa itulah juga akan dapat melihat sisi lain personaliti rakan serkerja yang berperangai gila-gila.ketika ini,memang ada yang akan pulun sehabis baik untuk menjadi pemenangnya.
Sebuah video tular di Tiktok sejak semalam,seorang wanita ini meraih perhatian ramai apabila tampil berani mengenakan kostum watak landlady dalam filem Stephen chow berjudul kungfu hustle.Tidak perlu bersolek tebal atau berkasut tumit tinggi,tahap keyakinan yang di berikan benar-benar luar biasa dan amat menghiburkan seisi dewan,annual dinner yang terletak di genting Highlands.
Selain berjalan dengan bergaya gengster menyerupai watak landlady,suasana semakin riuh apabila wanita ini mengangkat selipar pink yang di pakai nya.Dari hujung rambut ke hujung kaki,semuanya benar-benar sama.Terlihat tetamu lain yang hadir pada malam itu turut memberikan tepukan dan sokongan paling gemuruh buat wanita tersebut.
https://vt.tiktok.com/ZSNBXnMHm/
Sejak di kongsikan semalam video lucu itu berjaya meraih 1 juta tontonan di aplikasi Tiktok.Rata-rata netizen ikut terhibur dengan gaya yang di tirukan di sifatkan sebagai menjadi,nasib baik dia tak menjerit jer kalau tidak habis satu dewan terbang.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Writing by editor sheeba
Sumber : tiktok karine v,enstain
Leave a Reply